SJK(c)Kung Ming Beaufort—Part1/2

Inilah sekolah rendah saya: Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kung Ming Beaufort.

Kenangan enam tahun yang amat berharga tersembunyi di tempat ini yang amat dekat dari rumah saya (hanya jarak 5 minit berjalanan).

_MG_7573

Slogan Kempen “Cintailah Bahasa Kita” yang dilancarkan pada dekad 1980-an masih ternampak.

_MG_7566

Menurut sangkaan saya, ini-lah bangunan tertua di Pekan Beaufort ini. Apa nama-nya? Mungkin tiada seseorang orang tempatan tahu nama rasmi-nya. Sejak kecil, saya panggil bangunan ini “旧学校” dalam Bahasa Mandarin, ertinya “Sekolah Lama” ataupun “以前的幼稚园”(Tadika dahulu).

Tak faham?

Sebenarnya, bangunan ini juga diguna sebagai tadika sebelum Tadika Kung Ming memindah ke bangunan yang baru. Setahun belajaran tadika saya berada di bangunan lama ini. Manakala, setahun yang berikutnya pula belajar di bangunan baru bawah:

_MG_7575

Mari masuk ke dalam bangunan lama yang mungkin berusia lebih daripada 100 tahun ini. (Pembukaan pekan Beaufort berlaku pada tahun 1896.) Menurut emak saya, bangunan ini dibina sebelum pendudukan Jepun. Menurut mysabah.com, bangunan ini dibina oleh Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Company) sebagai bangunan rasmi (a gazetted building).

Selepas tentera Jepun menduduki Beaufort pada 1hb Januari 1942, bangunan ini diguna sebagai hopital sementara tentera Jepun.

_MG_7529

Gambar ini dilukis semenjak bangunan ini diguna sebagai Tadika Kung Mung, iaitu sekurang-kurangnya 25 tahun. Saya masih ingat pada masa kecil saya selalu menanya emak saya: kenapa rambut pemain bola sepak itu berapi? Terlalu cepat tendangannya? Ataupun pelukis cuma ingin mengekspresi aksi bola? Soalan yang tidak terjawab.

_MG_7531

Inilah dewan tadika saya pada tahun 1992. Pada tahun 1997, kelas ini adalah makmal sains sekolah rendahku. Menurut emak saya (guru Tadika Kung Ming), bangunan ini kini dimiliki oleh Tadika Kung Ming, cuma disewa kepada SJK Kung Ming sejak 1993 hingga bangunan sekolah baru SJK Kung Ming disiapkan. Di bawah lah rupanya bangunan baru ini.

_MG_7582

Kebelakangan ini, renovasi bangunan lama “tadika dahulu” sedang dipertimbangkan. Justeru, saya terasa kewajiban saya sebagai bekas murid SJK Kung Ming dalam usaha memdokumetasikan foto sekolah lama saya, terutamanya, bangunan lama ini.

_MG_7532

“Bilik sulit” (Bilik Stor) yang ditinggal oleh tukang bersih sekolah. Ketika kecil, saya asik beranggap bilik ini sebagai rahsia bahagian di bangunan ini. Pencetakan aras banjir yang kuning masih ternampak di pintu bilik tersebut.

_MG_7537

Tangga yang berwarna hitam kini menjadi coklat kemerahan. Tangga ini merupakan tangga yang amat “mewah” pada seratus tahun dulu. Saya amat menyukai reka ciptanya. Itulah “taman permainan” kebanyakan bekas murid Tadika and SJK Kung Ming.

_MG_7547

Selepas pemindahan SJK Kung Ming ke bangunan yang baru. Bangunan ini diabaikan sebagai bangunan stor dan tempat pembiakan burung menelan (untuk mendapati sarang burung?)

_MG_7542

Tahi burung merata-rata, menunggu kebersihan seterusnya yang mungkin akan diadakan semasa renovasi.

(Disambung lagi)

1 thoughts on “SJK(c)Kung Ming Beaufort—Part1/2

留下评论