Tulisan Pallava & Mahabalipuram

Oleh sebab isu Tulisan Jawi yang terlalu hangat ini, sekarang barulah sesetengah Malaysian memahami bahawa Tulisan Jawi adalah sistem tulisan, bukan satu bahasa.

Dan barulah majoriti faham tulisan terawal bagi Bahasa Melayu (Kuno) adalah Tulisan Pallava, bukan Tulisan Jawi yang asal daripada Tulisan Arab.

67136423_2438163416469175_5598811602041176064_n

Saya mengetahui Tulisan Pallava semasa saya mengaji arkeologi tentang Borneo. Terdapat sebuah negara kuno namanya Kerajaan Kutai (Martadipura) yang wujud di Kalimantan Timur sekitar kurun ke-4 Masihi. Tujuh tunggu batu (yūpa) dengan Tulisan Pallava telah ditemui di sana, dan merupakan salah satu tulisan yang terawal di Borneo.

Tulisan Pallava amat berguna bagi mempelajari kehidupan orang Nusantara yang beragama Hindu sebelum kedatangan Islam. Pengaruhnya terlalu besar sehingga Tulisan Pallava diubahsuai dan diadapsi oleh orang Nusantara dengan ciptaan Tulisan Kawi, Tulisan Sundanese Kuno, Tulisan Sundanese, Tulisan Javanese dan Tulisan Lontara.

Nama bangunan ini "Shore Temple" yang langsung tidak dirosakkan oleh Tsunami 2004.


Di manakah Dinasti Pallava Hindu ini? Saya amat bertuah kerana pernah mengunjungi bandar perlabuhan terpenting dinasti tersebut di negeri Tamil Nadu, India. Nama UNESCO sejarah ini ialah Mahabalipuram. Kumpulan tokong-tokong Hindu ini adalah dipahat dan diukir daripada batu-batu besar tanpa menggunakan sebarang paku (atau rekacipta yang hampir sama).

Teknologi binaan struktur batu Dinasti Pallava terlalu cemerlang. Sebab inilah terdapat banyak struktur batu kuno di Nusantara ditemui dengan Tulisan Pallava. Dinasti ini wujud selama enam ratus tahun (275CE-897CE) dan amat terpengaruh kerana sudah menyebar agama Hindu ke Kalimantan timur yang begitu jauh sekitar akhir kurun ke-4 Masihi.

Lembu merupakan haiwan suci bagi mereka.

Haruslah kita menghargai kekayaan dan kepelbagaian budaya dan sejarah di Nusantara ini (tanpa paksaan). Yang penting, jangan menyempitkan fikiran dan pandangan kita seperti katak di bawah tempurung.

Bacaan lanjut:
Kutai: https://en.wikipedia.org/wiki/Kutai
Mahabalipuram: https://en.wikipedia.org/…/Group_of_Monuments_at_Mahabalipu…
Dinasti Pallava: https://ms.wikipedia.org/wiki/Dinasti_Pallava

Nama kumpulan bangunan ini ialah "Five Rathas" (Pancha Rathas).Terdapat struktur batu haiwan seperti gajah, singa, dan lembu.2015-09-25 19.21.49

发表评论

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com 徽标

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  更改 )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  更改 )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  更改 )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  更改 )

Connecting to %s