Sabah needs responsible and humble opposition leader

Little murmur after General Election 14, after so many “Sabahan frogs” jumping here and there:

1) My lawyer friends review Sabah constitution and concludes that we have only one new CM.

2) We have prevented Taib Mahmud 2.0 in-making by law. Musa please learn from Najib.

3) If given choices, my favorite CM candidate is this guy, Masidi Manjun. Why? Ask the tourists from China, Korea, Japan, Taiwan, etc. They don’t know him, but they know Sabah very well because of Masidi.

32169130_1917216681633694_2312191095431233536_n

4) I hope our environment, culture, and tourism policies won’t be affected, (and hopefully be improved) with the new faces.

5) May Masidi be a responsible and humble opposition leader, Malaysia doesn’t need opportunists.

Full text about Datuk Masidi in BM from here:

——————————————————————————

Honest confession:
Datuk Seri Panglima (DSP) Masidi Manjun – Pemimpin kesayangan Ranau. Pemimpin yang cemerlang di portfolio beliau. Antara kejayaan yang beliau bawa di Ranau:

1. Sebaik sahaja menjadi Menteri Belia & Sukan Sabah, meminta Kompleks Sukan Ranau dibuat. Hasil daripada pembinaan kompleks tersebut, sukan di daerah Ranau meningkat naik. Tahun 2017, di peringkat Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM), Sabah menjadi juara untuk kali yang pertama. Daripada 14 emas, 7 telah disumbangkan oleh olahragawan dari Ranau. Tidak secara kebetulan, saya percaya ini banyak disumbangkan oleh pembinaan kompleks sukan tersebut.
2. Jalanraya sekitar DUN Karanaan telah HAMPIR 90% DISIAPKAN SECARA ASPAL. Masih ingat dulu sewaktu masih kecil, saya dan adik beradik pernah mengikuti bapa ke SMK Kemburongoh (bapa saya mengajar di sana). Jalan pada ketika itu masih berbatu dan tidak berturap. Sekarang, jalanraya sangat selesa. Sekiranya terdapat kerosakan, itu kerana faktor mukabumi tanah tinggi yang sentiasa bergerak (baca balik buku geografi).
3. Memegang portfolio sebagai menteri pelancongan, beliau telah membawa masuk kadar pelancong yang SANGAT RAMAI, terutama sekali pelancong daripada negara China (80 flight dalam masa seminggu). Sesuailah dengan gelaran “Sabah di bawah bayu”, Sabah memang patut diangkat sebagai pusat pelancongan kerana banyak destinasi menarik di sini.
4. Sebagai seorang wakil rakyat, muka beliau selalu menghiasi banner-banner dan poster untuk aktiviti di Daerah Ranau. Hampir setiap minggu, beliau akan turun dari KK ke Ranau untuk bertemu rakyat.. Cuba untuk memenuhi setiap undangan hatta undangan ke majlis perkahwinan, majlis hari keluarga dan sebagainya. Susah untuk mencari seorang YB yang sanggup untuk turun SECARA KONSISTEN seperti beliau. Pernah dahulu orang menggelar beliau “YB ARAU ARAU” sebab apabila hadir ke undangan, beliau singgah sekejap sahaja. Dalam siri interview kami bersama beliau, sebenarnya beliau tidak suka untuk membuang masa dengan melepak, berbual kosong dan sebagainya. Beliau turun dari KK ke Ranau, bukan semata-mata untuk itu. Sebagai seorang YB yang sibuk, beliau harus “cover” banyak tempat pada satu hari. Kadang-kadang 5-7 acara sekaligus beliau perlu hadiri. Mana ada masa melepak dan berbual kosong?
5. Peruntukan yang diagihkan kepada semua orang adalah ADIL. Di setiap kali majlis perasmian, tidak sah kalau orang kampung tidak meminta peruntukan daripada beliau. Walaupun cuma memegang jawatan di DUN, banyak kawasan telah beliau berikan peruntukan. Saya kira hampir di setiap majlis, ada saja beliau sumbang kepada penganjur. Sewaktu program Hari Krismas pun beliau bagi sumbangan juga, beliau tidak mengira agama atau bangsa. Di mana lagi mahu mencari YB yang baik seperti ini?
6. Sewaktu satu dialog, Datuk Masidi pernah ditanya apa yang beliau hendak lakukan selepas PRU14? Beliau menjawab, beliau mahu mengukuhkan ekonomi masyarakat dengan melahirkan lebih ramai usahawan. Beliau juga ingin memanggil agensi-agensi untuk membantu ke arah pelaksanaan tersebut. Selain membawa kemajuan, beliau mahu orang Ranau untuk mengubah mentaliti daripada “rakyat mengambil peluang pekerjaan” kepada “rakyat memberi peluang pekerjaan”.
7. Kemajuan-kemajuan lain seperti membina Masjid Ranau yang baru menggunakan rekaan seismik (Seismic Design) yang tahan gempa bumi, beliau melobi dengan pihak Petronas untuk menubuhkan MRSM Ranau. Beliau mengilhamkan pembinaan bangunan Majlis Daerah yang baru. Bangunan baru SMK Kemburongoh pernah terhenti pembinaan kerana masalah kontraktor, beliau yang berusaha untuk mencari kontraktor baru untuk menyambung kerja pembinaan sekolah itu.
8. Sekiranya saya pengundi di DUN Karanaan, saya akan memberikan pangkah saya kepada beliau tanpa berbelah bahagi. Beliau patut dikekalkan dan diberi peluang lebih lama untuk menyumbang bakti kepada daerah tercinta.
9. Saya berbangga telah memberi sumbang bakti yang kecil untuk membantu kemenangan beliau. Daripada rekaan poster dan banner, infografik, video, dokumentari… kerja-kerja media dan sebagainya semata-mata kerana sayangkan beliau dan masih mahu beliau berbakti kepada daerah tercinta.
10. Sebagai seorang wakil rakyat yang bersih daripada persepsi negatif, modal pembangkang untuk jatuhkan beliau hanyalah seperti berikut:
– “Beliau mengaku melayu” (sebenarnya beliau hanya bercakap RUMPUN MELAYU bukan BANGSA MELAYU. Hakikatnya orang dusun Ranau sentiasa adalah orang dusun. Cuma kita tinggal di kawasan RUMPUN MELAYU (MALAY ARCHIPELAGO) dan terdapat banyak bangsa di dalamnya. In this case, BANGSA is not equal to RUMPUN. Ada beza.

11. Beliau mengilhamkan “Ranau di hatiku”, yang mana slogan ini disebut secara meluas di Ranau. Siapa orang Ranau yang tidak sayangkan Ranau bukan? Sejauh mana pun kita berada, Ranau juga lah yang dekat di hati. Slogan ini sekaligus memberi semangat untuk orang Ranau memberi yang terbaikuntuk Ranau, tidak kira dari pelbagai bidang.
12. Tidak dapat dinafikan, Datuk Masidi adalah kesayangan orang Ranau, dan selamanya di sayangi. Beliau masih terbaik di hati penduduk Ranau.
13. Sewaktu kemenangan beliau di DUN Karanaan diumumkan semalam, saya whatsapp beliau mengucapkan tahniah atas kemenangan dan terus memberi yang terbaik kepada rakyat. Pagi tadi beliau membalas, “waalaikumsalam dan selamatpagi” dengan kiriman foto yang bertulis:
“..
kehidupan ini ada pasang surutnya
Adakalanya manis dan terkadang pahit rasanya
Tidak semua yang manis-manis diberikan
Tak semua yang pahit-pahit dihulurkan
Pahit dan manis Allah silih gantikan
Agar kitatahu bersabar dan bersyukur
Atas nikmat kurniaannya
..”
Mesej ini sedih dan syahdu. Saya hampir menitiskan airmata jantan.

14. Sehingga sekarang, masih tidak ada keputusan yang “official”, parti mana yang akan mengangkat sumpah dan memerintah negeri Sabah. Walau siapapun yang memerintah, diharap DSPMM akan diberi pelaung untuk memegang portfolio penting di peringkat kepimpinan Negeri Sabah kerana khidmat dan buah fikiran beliau sangat bagus untuk diterima. Apapun yang terjadi, kami orang Ranau sentiasa sayangkan DSPMM.

Banyak lagi sebenarnya yang mahu dikatakan tapi cukuplah sekadar ini sahaja, sebagai luahan dari seorang penggemar beliau. Ikuti kisah hidup beliau melalui dokumentari yang dibuat dan dipost di facebook Dun Karanaan, pasti anda tahu kesusahan beliau sewaktu belajar, gagal mendapat biasiswa, dituduh pembangkang, dimasukkan ke dalam “icebox”, bertanding dan kalah, dipujuk untuk balik bertanding 2003 walaupun telah menjadi orang besar di Syarikat gergasi yang tersenarai di Bursa Saham, sehingga menjadi YB yang sentiasa bekerja untuk rakyat. Anda pasti kagum dengan sosok tubuh seorang Masidi Manjun – Yb yang mengorbankan hampir segala yang beliau miliki, untuk masyarakat di Dearah Ranau.

Sekiranya Datuk membaca posting ini, ketahuilah Datuk tidak membuat kesalahan buruk sewaktu Datuk menjadi wakil rakyat.

Kami di Ranau sayangkan Datuk.

Datuk di hati kami.

Syukri Saridih
Peminat Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun

发表评论

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com 徽标

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  更改 )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  更改 )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  更改 )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  更改 )

Connecting to %s