Harapkan pegar, pegar makan padi?

[Post ini asalnya adalah dari Facebook, ditulis pada 5 Mei 2018]

“Harapkan pegar, pegar makan padi”. Inilah perasaan dan situasi yang dialami oleh ratusan pengundi pos yang berada di luar negara. Siapakah “pegar” itu? Pegar itu bukanlah burung yang dianggap oleh orang silam sebagai “penjaga padi” itu. “Pegar”yang saya maksudkan itulah SPR yang sepatutnya akan mengamal nilai adil dan saksama dalam PRU 14 ini.

Kenapa saya berkata demikian? Video-video klip memang menunjukkan ada pengawai-pengawai merosaki bendera-bendera dan pelbagai bahan propaganda gabungan selain dacing. Amalan “potong kepala” yang diajar “mundur” di buku teks sejarah ini sedang dilaksanakan oleh sesetengah orang. Tapi kali ini “dipotong” di atas poster-poster bukan dacing. Siapakah mereka? Kurang pasti.

harapkan-pegar

Setakat ini, ratusan pengundi pos yang dilulus pemohonan mereka bingung dan risau. “Bilakah pos undi saya sampai ke alamat saya?” “Mampukah saya menghantar undi saya kepada pengawai berkenaan sebelum 8 Mei 5pm?” Eh? Bukankah yang dijanjikan masa luputnya 9 Mei 5pm? Rupa-rupanya banyak pengundi pos diberitahu bahawa 9 Mei itu cuti negara, jadi syarikat pos laju bercuti, penjabat bahagian pilihan raya (RO) masing-masing juga berhak menikmati “kecutian”nya. Betulkah? Ataupun ini “berita palsu”? Aku pun tidak pasti tentang kebenarannya, setakat yang saya tahu adalah pengundi-pengundi jarang diterangkan dengan jelas.

Terdapat lagi “berita palsu” kedua, bahawa “alamat” yang berada di seksyen “penyaksi” pos undi. Niat penyaksi ini adalah baik, ingin memastikan pengirim pos undi itu bukan “hantu”. Tapi, ramai penyaksi mengisi kolum ini dengan alamat tertulis di kad pengenalan-nya. Itulah pengetahuan umum kita semasa mengisi borang kerajaan. Tiba-tiba terdapat “berita palsu” yang mengatakan kolum “alamat” ini seharusnya diisi dengan alamat luar negera penyaksi yang sekarang tinggal. Bingunglah kawan Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pengundi tersebut. Jika ingin membuktikan bahawa penyaksi and pengundi pos tinggal di negara yang sama, sepatutnya nama kolum “alamat” ini perlu ditukar sebagai “alamat luar negara”. Kedengaran kertas undi yang salah “terisi” itu akan dianggap undi rosak. Betulkah? Saya kurang pasti. Saya risau.

getimage

Yang ketiga itu mengenai alamat pos undi itu yang harus dikirim balik. Sesetengah pengundi pos yang mampu mendapat pos-nya tidak dilampirkan dengan alamat tersebut. Jadi, mereka terpaksa menelefon SPR lah, pengawai-pengawai sibuk sangat. Bersyukurlah jika telefon dijawab. Ada yang bertanya di media sosial-lah, rupa-rupanya alamat tersebut boleh dimuat turun di laman web SPR. Mungkin inilah kesilapan teknikal yang amat tak penting yang dirujuk pada sesetengah penyataan.

Banyak lagi cerita lagi, seperti kes saya yang diberitahu pemohonan pengundi pos saya gagal oleh pengawai RO yang tercinta. Tapi bukankah saya menerima e-mel kelulusan minggu lalu? Saya bingung jua. Tapi saya anggar bilangan kes serupanya sendikit, mungkin puluhan sahajalah.

image

Wahai pengundi yang ingin merosakkan undi sendiri. Janganlah. Jika apa yang tertulis atas adalah benar, ratusan pengundi pos telah merosakkan undi anda demi kebajikan anda, sebelum anda sempat melakukannya. Mengenang budi mereka dengan balasan-lah, undi demi mereka lah. Berfikirlah. Undi rosak SUDAH CUKUP. Nampaknya penegasan di pendahuluan saya ini SALAH. Ini bukan salah SPR, ini semua kecuaian pengundi-pengundi pos, banyak cabaran direka untuk menguji hati iklas mereka terhadap negara ini. Kan?

-Pengundi pos PRU14-

发表评论

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com 徽标

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  更改 )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  更改 )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  更改 )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  更改 )

Connecting to %s